Monday, September 28, 2009

Duit Hadiah Kelahiran Faiz dan Pembahagian :)

Alhamdulillah, mudah-mudahan rezeki faiz terus melimpah
dimulai dengan zero kos semasa kelahirannya
kemudian wang hadiah dari saudara mara faiz setakat ini dah mencecah RM530

Tanda kesyukuran, abah dan umi akan mensedekahkan semua wang hadiah tersebut

Setakat ini - 28 Sept 09
rm200 telah diberi kepada salah seorang makcik
rm10 belian amal untuk rumah anak2 yatim
rm20 untuk surau faber menara 2
Total dah 230

Ok hari ni 08 Okt 09
Faiz sedekah rm100 kepada mangsa gempa bumi di padang
total dah 330

Update as @ 27 Okt 09
Duit Faiz bertambah rm25 menjadi 555. wah cantik pulak nombor duit faiz ni.
Selain duit faiz buat derma, abah juga gunakan duit itu untuk beli sebuah quran syamil, sejenis quran yang mempunyai tafsir yg amat detail berharga rm120. Mudah2han berkat dapat memudahkan faiz menghafal al-quran dan memahami tafsiran seperti cita2 umi dan abah.
Selain itu derma duit faiz:
rm10 untuk masjid taman desa
rm10 untuk masjid desa petaling
rm30 untuk surau tempat rumah faiz di widuri impian.
Total yg telah digunakan berapa ek, jap kira
RM 500, jadi ada baki lagi rm55

Nak bagi mana ek duit tu, haa ada idea
mengikut sunnah nabi faiz dah botak selepas kenduri di maokil haritu
timbang2 rambuat faiz total lebih kurang rm100.
Jadi guna duit faiz baki rm55 dan bakinya umi abah subsidi sebanyk rm45.
Ok cukup! Duit faiz pun dah habis.

Lepas ni kalau faiz dapat duit lg abah akan simpankan dalam ASB k.
Lagipun dah cantiklah total duit faiz tu, Rm555 mcm dah rancang je.

Ok faiz nnti besar kena ucapkan termia kasih kat semua orang yg bagi duit kat faiz.
Byk tu faiz, mungkin rezeki faiz lah kebetulan time raya - maka duit raya sekali.

Sunday, September 27, 2009

Faiz dah balik ke rumah - kali ke 2

Malam tadi faiz dah balik ke rumah dia yang sebenarnya setelah berpindah randah. Haha.
Mula2 dari hospital check in sekejap kat rumah, kemudian duduk di rumah mak long dia di bangi selama 2 minggu, kemudian lebih kurang 2 minggu juga di rumah atuk mon dia di sengkang, dalam masa tu g rumah atuk dia maokil selama 2 malam.

Alhmdllah malam td dah sampai ke rumah, walaupun x abis pantang lg
baru dalam sebulan dan sehari, gara2 umi dia sampai menangis nak abiskan pantang kat rumah sendiri :)
faiz tidor nampak yer nyenyak je
bangun jugalah malam2 mcm biasa tp nak susu je lepas tu sambung tido
bravo faiz, bagus2 mcm tu
kalau tidak kesian kat umi dia